Klik Gambar ini
Senarai Penuh Peserta
Dengan berat hati saya terpaksa mengumumkan pendaftaran untuk SAXC MTB XC CHELLENGE 2013 ditutup kerana bilangan peserta telah mencecah ke angka 1000 peserta walaupun tarikh akhir pendaftaran adalah pada 30hb OKTOBER 2013. Kepada yang sudah mendaftar tetapi belum melengkapkan pembayaran sila berbuat demikian dengan kadar segera.Kepada yang sudah mendaftar dengan lengkap, admin dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih kerana menyokong event SAXC 2013 ini....
Admin
Fahmi
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah mendaftar untuk SAXC 2013! Bagi mereka yang tidak mempunyai, jangan tunggu lagi kerana anda mungkin terlepas peluang yang hebat ini: PASTIKAN ANDA ADALAH DIANTARA 600 PESERTA PERTAMA DAN BEPELUANG MEMENANGI 2 RETURN TICKETS TO PEKAN BARU, INDONESIA sponsored by www.fireflyz.com.my/
Kami sangat berbesar hati untuk memperkenalkan Jersey rasmi untuk SAXC 2013.Jersi ini terhad kepada 1000 perserta pertama sahaja.Jadi cepat-cepat, pastikan anda tidak ketinggalan memiliki Jersi berkualiti baik dengan Ciclista! Daftar sekarang di http://howei.com/event/saxc2013 (**Logo pada Jersey belum muktamad dan akan dikemaskini setelah penganjur mendapatkan pegesahan dari pihak penaja**)
Buat julung kalinya Senai Airport Terminal Services, SATS bersama Prince Town Knights, PTK Kulaijaya dengan bangganya menganjurkan Senai Airport Cross Country MTB Challenge 2013 atau lebih dikenali dengan nama singkatan SAXC 2013. Dengan ini kami mempelawa semua peminat-peminat MTB dari dalam mahupun luar negara agar dapat menyertainya. Kami menghadkan penyertaan kepada hanya 1000 orang sahaja.
TARIKH : 24HB NOVEMBER 2013 - AHAD
PELEPASAN(FLAG-OFF): 8.30 AM
LOKASI: AEROMALL SENAI INTERNATIONAL AIRPORT, JOHOR
JARAK KAYUHAN : ± 40KM (20% Tarmac & 80% Off Road)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 30HB OKTOBER 2013 YURAN : RM 50.00 (Goodies Bag + Jersey + Passport + Medal + Sponsor items + Cabutan Lucky Draw)
Men Junior ~ 13 to 18 tahun
Women Open ~ 13 tahun ke atas
Men Open ~ 19 to 44 tahun
Men Veteran ~ 45 tahun ke atas
Bagi Peserta Remaja 13 hingga 17 tahun anda mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pihak ibu/bapa/penjaga bagi memudahkan pendaftaran secara on-line ini. Semua perserta diwajibkan memakai topi kaledar, size tayar bersesuaian dengan MTB dan memastikan basikal dalam keadaan yang baik bagi menghadapi sebarang risiko.Disamping itu pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian anda sendiri. Peserta juga hendaklah memastikan keadaan sihat tubuh badan,dan tidak menghadapi sebarang penyakit kronik sebelum menyertai event ini.
PENDAFTARAN : On-Line Registration ( Akan dimaklumkan kemudian)
• Fahmi Surajan @ +6018-969 9297
• Azman Bilaji @ +6012-771 6771
• Suhaimi Yahya @ +6018-781 9197
• Nor Azhar @ +6016-794 9500
- Sekiranya berlaku penarikan diri dari peserta setelah yuran penyertaan telah dibuat, maka wang penyertaan tersebut tidak akan dikembalikan.
- Pihak Penganjur SAXC 2013 berhak mengubah,menukar,meminda,mana-mana bahagian syarat-syarat penyertaan pada bila-bila masa jika perlu.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang timbul daripada peserta kerana kecuaian serta kelalaian untuk mengikut sebarang syarat-syarat penyertaan seperti yang telah ditetapkan.